fbpx
Muhammad Kifli (tiga dari kiri) menunjukkan kenderaan yang dirakam oleh dron pada skrin sempena Ops Khas HRA 2026 di hadapan Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Timur di Kota Bharu semalam.

Dron JPJ ‘tangkap’ 2,384 pemandu, kena saman sebab nak cepat sampai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Taktik ‘nak cepat’ sampai ke kampung dan tidak sabar di jalan raya memakan diri apabila seramai 2,384 pemandu disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi pemantauan dron sepanjang Ops Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2026.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, kesalahan paling ketara dikesan adalah memotong di garisan berkembar dengan 715 kes, diikuti tidak mematuhi lampu isyarat (627), memotong barisan atau memotong dari sebelah kiri (539) serta menggunakan lorong kecemasan (503).

Menurutnya, tiga kawasan mencatatkan jumlah kesalahan tertinggi iaitu Lembah Klang, Kelantan dan Selangor selari dengan peningkatan aliran trafik sempena musim perayaan.
“JPJ akan mengeluarkan notis temu siasat kepada pemandu terlibat dengan kompaun RM150 yang perlu dijelaskan dalam tempoh 15 hari sebelum meningkat kepada RM300.

“Penggunaan dron bukan bertujuan mencari kesalahan semata-mata, sebaliknya bagi merakam dan mengesan pelanggaran undang-undang yang berpotensi menyebabkan kemalangan,” katanya pada sidang akhbar Ops Khas Motosikal sempena HRA 2026 di hadapan Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Timur di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Muhammad Kifli memberitahu, penguatkuasaan dipertingkatkan secara menyeluruh dengan tumpuan di lokasi ‘hot spot’ kemalangan dan kesalahan trafik di seluruh negara.

Katanya, hasil analisis pangkalan data JPJ mengenal pasti sebanyak 288 lokasi berisiko tinggi melibatkan laluan utama, lebuh raya serta jalan persekutuan.

“Kelantan mencatatkan jumlah lokasi ‘hot spot’ tertinggi iaitu 53 lokasi, diikuti Sarawak (50) dan Perak (34).

“Penggunaan dron akan diteruskan bukan sahaja pada musim perayaan, malah dalam semua operasi penguatkuasaan JPJ,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN