fbpx
Kenderaan bergerak perlahan di laluan Gua Musang-Kuala Lipis di Kampung Mentara, Gua Musang hari ini. - Foto oleh AIMUNI TUAN LAH

Penyuraian trafik lancarkan pergerakan kenderaan di Gua Musang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Polis melaksanakan penyuraian trafik secara berkala bagi mengawal kesesakan lalu lintas di pintu masuk daerah ini untuk memastikan pergerakan kenderaan perantau lebih lancar dan terkawal menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya melaksanakan langkah penyuraian trafik di beberapa lokasi sejak semalam bagi mengurangkan kesesakan yang semakin meningkat.

Katanya, pertambahan jumlah kenderaan terutama dari arah Lembah Klang ke Kelantan menyebabkan aliran trafik menjadi perlahan di laluan utama menuju ke bandar Gua Musang.

“Pihak polis telah menjalankan sebanyak tiga kali penyuraian trafik di beberapa lokasi sesak di sini semalam. Lokasi yang terlibat di sempadan Merapoh, Pahang iaitu di Kampung Mentara, laluan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Masjid Buluh dan di Jalan Persiaran Raya.

“Pagi tadi kita melaksanakan satu lagi penyuraian trafik di sempadan Merapoh dekat Kampung Mentara,” katanya.

Choon Foo memberitahu, selain melakukan penyuraian, anggota polis turut membuat rondaan dan pemantauan aliran trafik di pintu masuk dan keluar daerah ini.

Katanya, aliran trafik mula meningkat semalam dan dijangka terus bertambah sehingga malam raya berikutan pergerakan pulang perantau.

“Kesesakan tertumpu di beberapa lokasi termasuk laluan sempit dan pintu masuk di Kampung Mentara. Pemantauan dan kawalan trafik akan dipertingkatkan bagi melancarkan pergerakan kenderaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI