fbpx
AHMAD LUTFIHADI ketika ditemui di pekarangan luar Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, semalam. Gambar kecil, Hayl Haarith.

‘Adik sakit teruk lepas bayinya mati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – “Setiap hari adik ziarah kubur, menangis sambil cium kain lampin arwah anaknya”.

Demikian menurut Ahmad Lutfihadi Wahab, 31, abang kepada ibu bayi yang maut dipercayai didera pengasuhnya di sebuah taska di Hospital Seberang Jaya, 9 Mac lalu.

Menurutnya, emosi adiknya, Ummu Habibah Wahab, 29, kini masih terganggu dan trauma dengan kejadian yang menimpa anak sulungnya, Hayl Haarith Mohd. Syafaeez, berusia empat bulan.

“Adik (Ummu Habibah) masih bercuti dan sedang mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu. Emosinya memang masih belum stabil kerana terlalu ingatkan arwah.

“Boleh dikatakan hari-hari dia pergi ziarah dan hias pusara anak sulungnya itu. Sampai dia minta saya bawa pulang semua baju arwah ke kampung. Dia cium kain lampin yang masih ada bau anaknya.

“Siapa yang tak sedih, hari-hari dia ada dengan arwah. Saya lihat hubungan erat ibu dan anak itu,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di pekarangan luar Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini, semalam.

Jelas Ahmad Lutfihadi lagi, mereka sekeluarga sememangnya mengekori rapat perkembangan kes tersebut dari awal laporan kejadian berlaku sehinggalah ketika suspek utama dibawa ke muka pengadilan, semalam.

“Kami tidak akan putus asa, demi adik keempat kami dan nyawa anak sulungnya, kami harap tertuduh terima hukuman setimpal dengan apa yang dilakukan terhadap arwah,” ujarnya.

Terdahulu, tertuduh, Nur Farhana Fazmar Abdullah, 22, didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini semalam atas pertuduhan membunuh bayi berusia empat bulan, awal Mac lalu.

Tertuduh bagaimanapun hanya mengangguk faham pertuduhan dan hukuman yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit manakala seorang lagi pengusaha berusia 22 tahun diberi jaminan mahkamah dengan cagaran RM10,000.

Pada 9 Mac lalu, Hayl Haarith ditemui tidak sedarkan diri di sebuah taska dalam kawasan HSJ sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital sama pukul 4.20 pagi.

Susulan kejadian itu, dua pekerja taska ditahan bagi membantu siasatan dan satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tersebut tular di media sosial.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN