fbpx
Orang ramai membeli manisan menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri di Doha, Qatar. - AFP

Arab Saudi sambut Aidilfitri esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RIYADH – Arab Saudi akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok selepas anak bulan Syawal tidak kelihatan pada petang semalam, lapor portal berita Arab News. 

Penentuan tarikh Aidilfitri menjadikan umat Islam di Arab Saudi berpuasa selama 30 hari tahun ini, manakala solat sunat Aidilfitri akan diadakan 15 minit selepas matahari terbit esok. 

Mahkamah Agung menggesa umat Islam di negara tersebut untuk melihat anak bulan Syawal pada petang semalam iaitu hari ke-29 Ramadan. 

Penampakan anak bulan Syawal menandakan berakhirnya bulan Ramadan dan bermulanya sambutan Aidilfitri selama seminggu di Arab Saudi. 

Kebanyakan keluarga telah bersiap sedia untuk menyambut 1 Syawal, dengan orang ramai membanjiri pusat beli-belah untuk membeli pakaian baharu dan barang keperluan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN