fbpx
SUBAHAN KAMAL

MHC buat perubahan, Sarjit tidak disambung kontrak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) membuat keputusan mengejut apabila tidak menyambung kontrak ketua jurulatih lelaki kebangsaan, Sarjit Singh meskipun dia berjaya membawa skuad negara layak ke Piala Dunia Hoki 2026.

Presidennya, Subahan Kamal berkata keputusan itu dibuat selepas penilaian menyeluruh oleh Jawatankuasa Eksekutif yang merasakan perubahan diperlukan menjelang cabaran lebih besar selepas ini.

“Mulai hari ini, kita mengucapkan jutaan terima kasih kepada Coach Sarjit Singh dan kita tidak akan menyambung kontrak beliau untuk ke Piala Dunia,” katanya dalam satu sidang media di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Menurut Subahan, kontrak Sarjit sebenarnya telah pun tamat dan keputusan yang dibuat hanyalah untuk tidak melanjutkan tempoh perkhidmatannya, bukannya menamatkan secara paksa.

“Kontrak beliau sudah tamat. Kita hanya tidak menyambung kontrak, bukan menamatkan. Kita memang telah maklum akan buat penilaian selepas kelayakan Piala Dunia,” jelasnya.

Sepanjang tempoh dua tahun sejak Mac 2024, Sarjit dilihat berjaya mengemudi skuad negara melalui fasa mencabar termasuk memastikan tiket ke Piala Dunia, meskipun tidak menepati sasaran awal untuk mara ke final kejohanan kelayakan.

“Jawatankuasa amat menghargai apa yang beliau lakukan. Beliau bertungkus-lumus dan berjaya membawa kita ke Piala Dunia, itu sesuatu yang kita hargai,” ujar Subahan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan fokus utama ketika ini adalah menghadapi Sukan Asia 2026 yang dijadual berlangsung dalam tempoh kira-kira enam bulan lagi, sekali gus memerlukan pendekatan baharu.

“Kita merasakan perlu ada perubahan kerana fokus utama kita adalah Sukan Asia. Kita perlukan sesuatu yang berbeza untuk cabaran akan datang,” katanya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN