fbpx
Mohd. Nasir (tiga dari kanan) bergambar bersama pengurusan kanan YMM dan KO-KHAWAN selepas majlis berbuka puasa.

240 pelajar AMal terima duit raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Yayasan Global Mesra (YGM) bekerjasama dengan Yayasan Muhibah Malaysia (YMM) dan Koperasi Khazanah Usahawan Berhad (KO-KHAWAN) menganjurkanMajlis Iftar bersama 240 pelajar Program Asrama Malaysia (AMal) di sini kelmarin.

Acara tersebut bertujuan untuk menyantuni pelajar ­berasrama daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama, selaras dengan aspirasi Program Asrama Malaysia untuk memperkukuhkan perpaduan nasional di peringkat sekolah.

Ia turut memberi ruang kepada pelajar untuk menghayati nilai kebersamaan, semangat berkongsi rezeki dan membina hubungan yang lebih erat dalam suasana harmoni sepanjang bulan Ramadan.

Pengasas YGM, Datuk Mohd. Nasir Mohd. Rashid berkata, melalui majlis ini, pelajar yang berjauhan daripada keluarga dapat merasai berbuka puasa bersama rakan pelajar lain termasuk pelajar bukan beragama Islam.

“Pelajar ini berumur antara 13 hingga 18 tahun daripada keluarga berpendapatan rendah turut memberi duit raya kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis berbuka puasa di sini kelmarin.

Selain itu, Pengerusi Koperasi Khazanah Usahawan Berhad (KO-KHAWAN) merangkap Naib Pengerusi Yayasan Muhibah Malaysia, Datuk Eng Yee Koon menjelaskan, Ramadan adalah masa terbaik untuk menyemai nilai ihsan, kasih sayang dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

“Majlis berbuka puasa se­perti ini bukan sahaja menge­ratkan silaturahim, malah mencerminkan semangat perpaduan rakyat yang saling menghormati kepelbagaian budaya dan kepercayaan,” ujar beliau. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI