fbpx
Mohamad ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Dividen Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Majlis Iftar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) 2026 hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

Jangan buat pembelian panik, harga barangan kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat pembelian panik sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memberi jaminan, bekalan daging dan ayam mencukupi bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Semua mencukupi. Jangan buat pembelian panik. Ertinya kalau berniat nak beli empat ekor (ayam), biarlah empat ekor. Tak payahlah buat pembelian panik kerana bekalan mencukupi sampai bulan lima atau bulan enam (tahun) ini.

“(Bekalan) masih dalam keadaan stabil insya-Allah di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya ketik ditemui sempena Majlis Penyerahan Dividen Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Majlis Iftar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) 2026 di sini hari ini.

Mohamad berkata, harga barangan masih lagi kekal dan tidak akan mengalami kenaikan walaupun berlaku peperangan di Asia Barat membabitkan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran.

Bagaimanapun katanya, harga barangan itu berkemungkinan akan mengalami kenaikan dalam masa tiga atau empat bulan akan datang.

“Ini disebabkan apabila harga petrol naik, kita akan lihat kenaikan harga semua ini. Kesannya mungkin dalam tiga empat bulan lagi,” katanya.

Menurutnya, kerajaan juga akan membuat pemantauan terhadap kenaikan harga barangan itu dari masa ke masa.

“Kita juga akan ambil pandangan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Kewangan (MOF) dan semua yang terlibat.

“Ini disebabkan barang yang ada sekarang ini adalah barang yang disediakan dulu. Jadi kesan perang ini mungkin akan dirasai tiga bulan lagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI