fbpx
Gambar hiasan.

Polis buru suspek langgar lari, rempuh lelaki hingga maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GERIK – Polis sedang mengesan pemandu kenderaan yang terlibat kes langgar lari sehingga menyebabkan seorang lelaki maut dalam kejadian di Kilometer 2.6, Jalan Raya Timur-Barat, Gerik-Jeli di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, maklumat kemalangan membabitkan kenderaan yang tidak dikenal pasti itu diterima pada pukul 5.15 petang

Katanya, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa berusia 21 tahun sedang mengisi minyak ke dalam tangki kereta rakannya yang berada di bahu jalan.

“Rakan mangsa menghubungi lelaki itu untuk meminta bantuan menghantar minyak ekoran kenderaan jenis Proton Saga yang dipandunya telah kehabisan bahan api tersebut.

“Mangsa yang datang ke lokasi kejadian dengan menunggang motosikal kemudian membantu menuang minyak ke dalam tangki sebelum sebuah kereta dari arah Jeli ke Gerik melanggarnya dari belakang,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pelanggaran itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Gerik untuk rawatan lanjut.

Katanya, mangsa bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia pada pukul 10.50 malam ketika menerima rawatan.

“Usaha sedang digerakkan bagi mengesan pemandu kenderaan berkenaan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI