fbpx
HUBUNGAN sudah berkecai. DJ Kidd meleraikan persoalan bahawa dia dan Emma Maembong kini bukan lagi pasangan kekasih.

DJ Kidd, Emma Maembong putus cinta?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ketika banyak pasangan suami isteri atau kekasih sedang merancang untuk sama-sama menyambut raya, deejay kelab malam, DJ Kidd pula mengejutkan ramai apabila mengesahkan dirinya kini bukan lagi teman lelaki kepada pelakon Emma Maembong.

Mahu semuanya jelas, DJ Kidd berharap tiada lagi persoalan dibangkitkan mahupun pertanyaan mengenai status hubungan mereka selepas ini.

“Salam satu Malaysia. Di sini saya nak memaklumkan, di mana saja saya berada, orang sibuk tanya saya, di manakah pasangan saya.

“Saya berbesar hati ingin memberitahu yang saya tidak lagi bersama dia. Jadi saya harap tiada lagi persoalan selepas ini.

“Dan saya juga mendoakan kebahagiaan dia bersama siapa jua dia bersama. Amin,” tulisnya dalam Instagram Story.

Dalam hantaran sama, DJ Kidd turut menggunakan tanda pagar #mamaktakkanpadam dipercayai merujuk kepada gabungan nama dirinya dan Emma, sekali gus menguatkan spekulasi hubungan tersebut benar-benar sudah berakhir.

Rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi termasuk yang meluahkan rasa terkejut selain tidak kurang mendoakan kebahagiaan kedua-dua pihak.

“Kalau betul berpisah, semoga masing-masing temui kebahagiaan sendiri.

“Sedih juga dengar, ingatkan hubungan mereka serius.

“Apa pun, doakan yang baik-baik. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini,” tulis beberapa netizen.

Usaha Kosmo! mendapatkan reaksi balas daripada Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 33, bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan dan mesej masih belum berbalas.

Sebelum ini, Emma pernah mengakui sedang berkawan rapat dengan DJ Kidd, sekali gus mencetuskan perhatian ramai sejak setahun lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI