fbpx
Salinda menunjukkan bahulu gulung dan lapis yang dijualnya ketika ditemui di Kampung Parit Wagiman, Pontian semalam.

‘Bukan sebarang, ini resipi 80 tahun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Seorang wanita menjadi penerus legasi keluarganya membuat bahulu gulung dan lapis dengan menggunakan resipi turun temurun sebagai salah satu ikhtiar untuk menambah pendapatan keluar­ganya sejak 80 tahun lalu.

Salinda Ithnin, 50, berkata, dia mempelajari cara membuat kuih tradisional itu daripada ibunya, Ngatiah Songkerim, 76, sebelum wanita itu meninggal dunia tiga tahun lalu.

Katanya, arwah ibunya di­ajar oleh neneknya, Allahyarham Samiten Ali Mustafa agar tradisi itu terus berkekalan.

“Saya sudah 30 tahun menjual bahulu menggunakan resipi mereka setiap hari dan musim perayaan. Hari biasa saya buat 200 batang bahulu gulung untuk majlis perkahwinan dan sebagainya.

“Tempahan musim pe­rayaan pula sebanyak 3,000 batang bahulu gulung dan 300 bahulu lapis daripada vendor dan penduduk. Saya bersama dua pekerja mula membuatnya 10 hari sebelum raya,” katanya ketika ditemui di Kampung Parit Wagiman, Benut, di sini.

Menurut Salinda, dia ­mengunakan 500 nanas moris untuk membuat jem bahulu gulung yang dibeli pada harga RM1.50 sebiji.

Tambahnya, dia kekal menjual bahulu gulung pada harga RM3.50 sebatang dan bahulu lapis pula RM20 walaupun bahan mentah naik harga.

“Saya juga ada jual biskut raya tradisional seperti semperit, dahlia, tat nenas dan sebagainya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN