fbpx
SAARANI (tengah) pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 2 Tahun 2026 di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.

Bekas pemimpin Bersatu berminat sertai UMNO Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – UMNO Perak mendedahkan terdapat beberapa bekas pemimpin Bersatu yang berminat menyertai parti keramat itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkembangan positif itu dimaklumkan secara lisan kepadanya namun tiada permohonan rasmi telah dikemukakan.

“Secara lisannya, saya dapat beberapa permohonan tapi kita tidak ada kaunter untuk orang mengisi borang. Saya akan bawa dalam mesyuarat dan akan lihat bagaimana perkembangannya.

“Saya pun ada permohonan dan pertemuan dalam kalangan pemimpin-pemimpin bekas Bersatu. Jadi kita akan tengoklah. Politik ni sangat dinamik,” katanya kepada pemberita di di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.

Katanya lagi, inisiatif di bawah Rumah Bangsa UMNO tersebut akan dilaksanakan secara lebih aktif selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Individu yang terlibat belum dikenal pasti kerana setakat ini tiada nama dikemukakan kepadanya.Belum ada nama. Sehingga saya dapat nama orang itu, barulah kita boleh maklumkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN