fbpx
Tangkap layar video memaparkan lelaki tersebut mengangkat barang yang akan dihantar kepada penerimanya, hari ini.

[VIDEO] ‘Fatin, kuruslah kau raya ni’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Fatin…kuruslah kau raya ni. Mantap.”

Itu ucapan lucu seorang penghantar barang kurier ketika menghantar bungkusan besar milik pelanggan yang mengandungi tilam dan alat senaman, treadmill.

Menggunakan profil @Padilverse di media sosial, dia hampir setiap hari membuat hantaran lucu tentang barang-barang dibeli penerima yang ada kalanya disifatkan ‘tidak masuk akal’ untuk dibeli secara dalam talian.

Sering menjadi perhatian orang ramai yang terhibur dengan gelagatnya, lelaki itu sentiasa kelihatan ‘gembira’ menjalankan tanggungjawab sambil menyeru nama penerima.

“Tilam dan treadmill. Lepas buat seminit terus baring. Mantap,” ujar @Nora Rosli.

“Rasanya lepas raya baru Fatin nak kurus. Tak sempat dah nak kurus,” seloroh seorang pengguna.

“Kelakarlah nak dekat raya ni. Akak tunggu je kau ‘update’ (kemas kini) barang,” komen @Naya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN