fbpx
Tangkap layar video menunjukkan pekerja itu membuka tapak pengambilan bungkusan pandu lalu di tepi jalan. - TikTok 

Pekerja kurier buka pandu lalu ambil ‘parcel’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pekerja kurier di Indonesia mengundang perhatian ramai apabila membuka ‘pusat’ pengambilan bungkusan pandu lalu di tepi jalan, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan pekerja itu membentangkan tikar di tepi jalan serta meletakkan sejumlah bungkusan milik pelanggan. 

Dia sempat meletakkan sekeping kadbod bertulis ‘Pandu Lalu Bungkusan TikTok Shop’. 

Pekerja itu turut menunjukkan lokasinya dalam video sambil menyatakan bahawa dia tidak rajin untuk menghantar bungkusan ke rumah pelanggan. 

Rakaman itu mencatatkan lebih lima juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Cara ini lebih baik daripada bungkusan sangkut di hab logistik selama dua hingga tiga hari,” kata seorang netizen. 

“Buat apa saya bayar caj penghantaran?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN