fbpx
Dua anggota SAR sedang melakukan pencarian dua mangsa hilang di perairan Pulau Redang, Kuala Terengganu hari ini.

Dive Master, pelatih hilang sewaktu selam skuba di Pulau Redang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUALA NERUS – Dua lelaki termasuk seorang warga China masing-masing berusia 31 dan 42 tahun dikhuatiri hilang di perairan Pulau Redang dekat sini kira-kira pukul 12.45 tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sewaktu kejadian, kedua-dua mangsa sedang menjalani latihan selaman skuba di perairan Taman Marin Pasir Akar, Pulau Redang.

“Difahamkan lelaki tempatan tersebut merupakan Dive Master (jurulatih selam skuba) berasal dari Kajang, Selangor, manakala lelaki warga asing itu pula pelajarnya. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah bermula pada pukul 2 petang tadi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, operasi SAR diperluas hingga ke perairan Pulau Bidong, Pulau Geluk, Pulau Tengkorak dan Pulau Pinang berhampiran, namun terpaksa dihentikan ekoran laut terlalu bergelora pada pukul 6 petang dan akan disambung esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI