fbpx
JUSTIN Leroy yang merupakan anak lelaki pelakon Azah Aziz dikatakan menyamai situasi pempengaruh popular, Kasih Iris Leona.

Anak Azah Aziz jadi Leona versi lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAMAI teruja menyaksikan telatah anak pelakon dan model, Azah Aziz iaitu Justin Leroy yang berusaha bercakap dalam bahasa Melayu.

Memanglah, nampak ‘struggle’, semangat remaja berdarah campuran Melayu-Perancis itu meraih pujian netizen yang mengikuti videonya di laman sosial.

Dalam video pendek itu, Justin menyebut peribahasa Melayu, namun penggunaan ayatnya salah sekali gus mengundang rasa lucu.

“Justin nak belajar cakap Melayu. Jadi, hari ini dia ‘belanja’ peribahasa Melayu. Tupai dah jatuh ke riba dah. Tupai jinak itu,” tulis ibunya.

Azah juga sempat mengusik mahu menggandingkan putera bongsunya itu dengan anak gadis pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona.

Terus Diva teringat masa mula-mula dulu, Leona pun pelat bercakap Melayu. Tapi sekarang dah makin fasih. Mesti Justin pun dapat kuasai bahasa ibunda ini dengan pantas.

DIVA: Suka dengan gelagat anak Sharifah Shahirah, Auddra yang sempoi macam mak dia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI