WASHINGTON – Presiden Donald Trump dilaporkan memberitahu pemimpin-pemimpin dunia bahawa Iran ‘hampir saja menyerah kalah’ selepas dua minggu dibom, lapor akhbar Metro.uk hari ini.
Presiden Amerika Syarikat itu dilaporkan membuat dakwaan tersebut kepada pemimpin dunia dari negara-negara Kumpulan 7 (G7) semasa sidang video kelmarin.
Tiga pegawai yang mengetahui mesyuarat G7 itu, yang merangkumi Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, United Kingdom dan AS menyatakan, Trump berbangga bahawa penghujung perang sudah dekat, demikian menurut laman berita Axios.
“Saya telah menyingkirkan kanser yang mengancam kita semua,” kata Trump.
Beliau juga mendakwa bahawa Iran tidak mempunyai pemimpin yang tinggal ‘jadi tiada sesiapa yang boleh mengumumkan kekalahan Tehran’. – AFP














