fbpx
Abdul Hadi (dua dari kanan) keluar selepas selesai menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila, Marang hari ini.

Ketua Pembangkang berhak jumpa Zahid di Bangkok – Abdul Hadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARANG – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bertemu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Bangkok, Thailand biarpun di luar pengetahuan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, tindakan Hamzah yang juga bekas Timbalan Presiden Bersatu tersebut atas kapasitinya sebagai Ketua Pembangkang sekaligus tidak dianggap membelakangkan Muhyiddin.

“Selaku Ketua Pembangkang, dia (Hamzah) berhak (mengatur pertemuan dengan Ahmad Zahid). Datuk Seri Hamzah juga jumpa dan maklum kepada saya (berhubung pertemuan tersebut),” katanya ketika ditemui di pekarangan Masjid Rusila di sini hari ini.

Terdahulu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang kini menjalankan tugas Timbalan Presiden Bersatu dilaporkan menuntut perjelasan Pas berhubung pertemuan Hamzah dan beberapa pemimpin Pas dengan Ahmad Zahid tersebut.

Sebelum ini, Muhyiddin memberitahu, pertemuan dengan Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri tanpa pengetahuannya disifatkan sebagai Langkah Bangkok sebagai antara punca Hamzah dipecat daripada Timbalan Presiden Bersatu pada 13 Februari lalu.

Abdul Hadi juga mengakui pertemuan di Bangkok itu turut disertai beberapa pemimpin Pas termasuk Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Dalam pada itu, beliau mengesahkan Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) akan melantik beberapa jawatan penting seperti setiausaha agung, pengarah pilihan raya, dan ketua penerangan dalam mesyuarat pertama dipengerusikan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI