fbpx
Mohammad Ashraf sayu melihat gerai jualan bunga api majikannya musnah terbakar di Kampung Gong Limau, Chukai, Kemaman hari ini.

[VIDEO] Letupan bunga api Kampung Gong Limau bagaikan medan perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Kejadian kebakaran kanopi jualan dan kabin penyimpanan bunga api di Kampung Gong Limau, Chukai di sini hari ini tidak ubah seperti medan perang sehingga mengemparkan penduduk setempat.

Insiden pada pukul 4.15 pagi itu menyebabkan berlakunya letupan dan percikan bunga api yang begitu kuat dan bertalu-talu selama hampir 20 minit.

Seorang penduduk, Abd. Mobin Omar, 62, berkata, letupan bunga api tersebut turut merosakkan pintu pagar rumahnya yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

“Pada mulanya, saya sangka orang bermain mercun, namun sebaik saya membuka pintu rumah alangkah terkejutnya apabila melihat percikan bunga api bertalu-talu datang dari gerai berdekatan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian hari ini.

Sementara itu, pekerja premis menjual bunga api, Mohammad Ashraf Mohd. Zulkiflie, 19, berkata, dia dan rakan sekerjanya, Muhammad Izdham Mohd. Sukri, 24, tergamam menyaksikan kebakaran itu yang berlaku tidak sampai 20 minit selepas mereka beredar untuk membeli makanan sahur.

“Kami beredar pada pukul 3.40 pagi untuk membeli makanan bersahur di restoran berdekatan kira-kira 500 meter dari kanopi jualan sebelum kebakaran berlaku,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI