fbpx
TERDAPAT pengecualian bagi kes darurat seperti pesakit yakin bahawa hanya dengan meletakkan ubat ke dalam telinga boleh menyembuhkan dan menghilang kesakitan yang ditanggung, di samping saranan doktor.- Gambar hiasan

Hukum guna ubat titis telinga ketika berpuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

APAKAH hukum menggunakan ubat titis telinga ketika sedang berpuasa. Saya ada masalah gegendang telinga koyak melebihi 80 peratus dan alami masalah telinga bernanah. Jika saya tidak titiskan ubat pada telinga akan menyebabkan jangkitan kuman. Jadual titis ubat berkala yang disarankan doktor adalah pada siang hari. Mohon pencerahan.

JAWAPAN: Salah satu perkara yang membatalkan puasa adalah memasukkan sesuatu (ain) ke dalam jauf secara sengaja melalui saluran terbuka. Ain bermaksud suatu yang boleh dilihat dengan mata kasar. Manakala jauf ialah bahagian otak atau bahagian selepas tekak sehingga ke perut dan usus-usus. 

Saluran terbuka bermaksud mulut, telinga, kemaluan hadapan dan belakang sama ada bagi lelaki dan perempuan.

Dalam menjawab persoalan ini, hukum menitiskan ubat ke dalam telinga ketika berpuasa adalah perkara yang diperselisihkan dalam kalangan ulama. 

Perbezaan pandangan ini berpunca daripada penentuan sama ada telinga mempunyai ruang atau laluan terbuka yang akan sampai ke bahagian otak atau kerongkong iaitu yang boleh menyebabkan terbatal atau tidak puasa.

Para ulama berbeza pandangan dalam menetapkan telinga sama ada ia saluran terbuka atau tidak yang boleh membatalkan puasa seseorang.

 Namun, dalam keadaan gegendang telinga bermasalah seperti terdapat lubang atau terkoyak pada bahagian gegendang, maka sebahagian para ulama bersepakat ubat titis tersebut boleh membatalkan puasa seseorang. 

Perkara ini memerlukan kepada pemeriksaan rapi oleh doktor untuk kepastian. Berdasarkan pandangan muktamad dalam mazhab Syafi’i, menitiskan ubat ke dalam saluran terbuka melalui lubang telinga yang boleh sampai ke rongga otak atau kerongkong akan membatalkan puasa. 

Namun, terdapat pengecualian bagi kes darurat seperti pesakit yakin bahawa hanya dengan meletakkan ubat ke dalam telinga boleh menyembuhkan dan menghilang kesakitan yang ditanggung, di samping saranan doktor, maka puasanya sah kerana darurat untuk mendapatkan ubat.

“Dia diuji dengan rasa sakit dalam telinganya, rasa sakit yang tidak dapat mampu ditanggung melainkan dengan menggunakan ubat yang disapu pada kulit atau kapas, dan terbukti bahawa ubat tersebut dapat mengurangkan atau menghilangkan kesakitan sama ada dia mengetahui sendiri atau diberitahu oleh doktor, maka hal itu dibenarkan dan puasanya sah kerana keperluan (darurat).”

Kesimpulan memasukkan sesuatu ke bahagian dalam telinga boleh membatalkan puasa apabila melepasi had tulang tengkorak kepala iaitu melepasi lubang telinga. Namun, perbuatan menitiskan ubat titis telinga bagi pesakit hendaklah dilihat pada dua keadaan.

Pertama, sekiranya pesakit mengalami sakit yang tidak terlalu teruk dan mampu menahannya, maka perbuatan menitiskan ubat telinga membatalkan puasanya. 

Disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor dan mengambil ubat titis di telinga pada waktu malam ketika Ramadan.

Kedua, sekiranya pesakit tidak mampu menahan sakit, melainkan hanya dengan meletakkan ubat pada telinga boleh menghilang kesakitan ditanggung, maka pengambilan ubat titis secara berkala pada siang Ramadan tidak membatalkan puasa atas dasar darurat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI