RAMADAN sering digambarkan sebagai bulan ibadah dan keberkatan. Namun bagi ramai wanita, Ramadan juga hadir bersama keletihan yang tidak terlihat dalam mengurus rumah tangga, menyediakan juadah berbuka, mengimbangi kerjaya serta tetap berusaha menunaikan ibadah dengan sempurna. Dalam diam, Ramadan sering menjadi medan yang menguji keikhlasan, kesabaran dan kekuatan jiwa seorang wanita. Menyedari hakikat itu, seramai 250 peserta hadir dalam program Ramadan Seorang Wanita, sebuah majlis yang memberi ruang kepada kaum Hawa untuk berhenti sejenak daripada kesibukan, merawat jiwa dan kembali……














