fbpx
FERNANDEZ menjadi tonggak utama Chelsea sejak berhijrah dari Benfica dan muncul salah seorang pemain tengah terbaik di EPL ketika ini. - AFP

PSG sedia uji kesabaran Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Paris Saint-Germain masih mengekalkan minat mereka untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Chelsea, Enzo Fernandez dan masih berhubung dengan wakil pemain berkenaan.

Fernandez dianggap pemain tonggak Chelsea selepas perpindahannya dari Benfica pada 2023 dengan membuat 157 penampilan untuk pasukan itu setakat ini.

Pemain antarabangsa Argentina itu membantu Chelsea mara ke saingan Liga Juara-Juara (UCL) dan memenangi trofi Liga Konferens Europa serta Piala Kelab Dunia musim lalu.

Bagaimanapun, gergasi Ligue 1 Perancis itu sedia untuk menguji kesetiaan Fernandez dan kemampuan Chelsea untuk mengekalkan pemain itu apabila dilapor bersedia untuk mengemukakan tawaran.

PSG percaya bahawa pemain berusia 25 tahun itu memiliki kualiti dan karakter untuk membantu mereka mengekalkan kejuaraan pada saingan UCL.

Fernandez memiliki kontrak di Stamford Bridge sehingga 2032, namun sekiranya Chelsea gagal layak ke siangan UCL musim depan, ia mungkin membuatkan pemain itu tekad untuk mencari destinasi baharu kariernya.

Sebelum ini, terdapat laporan bahawa Fernandez tidak begitu gembira dengan situasi bilik persalinan pasukan itu selepas Chelsea membuat keputusan memecat Enzo Maresca ketika mereka mempunyai hubungan yang cukup baik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN