fbpx
ZAKAT fitrah yang dikeluarkan oleh bapa bagi anak perempuan yang telah baligh dan berkemampuan adalah tidak sah kecuali setelah mendapat izin atau diwakilkan oleh anak perempuan tersebut. – Gambar hiasan

Siapa perlu bayar zakat wanita belum berkahwin?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAYA seorang wanita yang berkerjaya, belum berkahwin dan masih tinggal bersama ibu bapa di kampung. Saya ingin bertanya, siapakah yang bertanggungjawab untuk membayar zakat fitrah saya?

JAWAPAN: Zakat fitrah diwajibkan kepada seseorang beragama Islam, merdeka dan memiliki lebihan makanan untuk dirinya dan keluarganya pada waktu malam hari raya serta keesokannya. Menurut ulama mazhab Syafi’i, mereka yang diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah adalah bertanggungjawab untuk membayar zakat bagi individu yang berada di bawah tanggungan nafkahnya. 

Ini berasaskan kaedah yang disebutkan oleh ulama mazhab Syafi’i: “Sesiapa yang diwajibkan membayar zakat fitrah, maka diwajibkan juga untuk membayar zakat fitrah untuk setiap individu yang wajib diberi nafkah (di bawah tanggungannya).”

Seseorang bapa diwajibkan untuk menanggung keluarganya berdasarkan tiga syarat yang utama iaitu pertama faqir dan kanak-kanak. Kedua, kanak-kanak dan tidak berkemampuan dan ketiga adalah faqir dan gila.

Oleh itu, anak-anak yang telah dewasa, berkemampuan dan mempunyai pendapatan sendiri tidak diwajibkan untuk menerima nafkah daripada bapanya kecuali jika anak tersebut sedang menuntut ilmu dan tidak mempunyai masa untuk bekerja bagi menyara dirinya. 

Dalam keadaan tersebut, wajib bagi bapanya untuk menanggung keperluan anak tersebut. Berdasarkan penjelasan di atas, seorang wanita yang mempunyai kemampuan dan memiliki pendapatan sendiri, bapanya tidak wajib membayar zakat fitrah untuk anaknya. 

Dalam hal ini, Imam Ibn Qasim al-Abbadi berkata: “Tidak wajib bagi seorang bapa untuk membayar zakat fitrah untuk anaknya yang mempunyai makanan asasi yang mencukupi untuk siang hari raya dan malamnya sahaja atau dia mampu untuk mencari sumber pendapatan sendiri, walaupun masih kecil kerana situasi itu menyebabkan terputusnya tanggungjawab nafkah bapa terhadap anaknya itu.” 

Selain itu, menurut ulama mazhab Syafi’i, zakat fitrah yang dikeluarkan oleh bapa bagi anak perempuan yang telah baligh dan berkemampuan adalah tidak sah kecuali setelah mendapat izin atau diwakilkan oleh anak perempuan tersebut.

Kesimpulannya, seorang perempuan yang belum berkahwin, jika telah baligh dan berkemampuan, wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya sendiri. Sekiranya zakat fitrah tersebut dibayar oleh bapanya, ia hendaklah dilakukan dengan izin atau persetujuan anaknya terlebih dahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI