fbpx
Mohamad Syazuwan (kiri) menghadapi empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah serta menipu di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Inspektor polis didakwa minta, terima rasuah serta tipu kakak suspek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang anggota polis berpangkat Inspektor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerima dan meminta rasuah serta satu pertuduhan menipu dua adik-beradik perempuan melibatkan wang tunai berjumlah RM5,300 pada tahun lalu.

Tertuduh, Mohamad Syazuwan Jemaan, 32, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Mohamad Syazuwan didakwa menerima rasuah berupa wang tunai RM300 sebagai dorongan membebaskan seorang wanita berusia 25 tahun daripada tahanan reman polis pada 21 Januari 2025.

Tertuduh juga didakwa meminta suapan wang tunai RM4,000 daripada wanita sama sebagai dorongan untuk tidak menuduhnya di mahkamah atas kesalahan jenayah komersial.

Bagi pertuduhan ketiga pula, dia didakwa cuba memperoleh wang tunai RM4,000 daripada wanita berkenaan sebagai dorongan tidak mendakwanya di mahkamah atas kesalahan jenayah komersial.

Dia turut didakwa menipu kakak suspek dengan memperdayakannya agar menyerahkan wang tunai RM1,000 sebagai wang jaminan bagi membebaskan adiknya daripada tahanan reman polis.

Perbuatan itu didakwa dilakukan Mohamad Syazuwan antara pukul 10.15 pagi hingga 12.30 tengah hari, 21 Januari 2025 di lokasi sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI