fbpx
PESAWAT 737 Air New Zealand bersedia untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney pada 14 Januari lalu. – AFP

Air New Zealand batal lebih 1,000 penerbangan, 44,000 penumpang terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WELLINGTON – Syarikat penerbangan nasional New Zealand akan membatalkan 1,100 penerbangan dalam tempoh dua bulan akan datang, merujuk kepada impak perang di Asia Barat.

Ketua Pegawai Eksekutif Air New Zealand, Nikhil Ravishankar  berkata, sekitar lima peratus daripada keseluruhan penerbangannya akan dibatalkan, menjejaskan 44,000 penumpang.

Penerbangan terbabit kebanyakannya  laluan domestik di New Zealand, tetapi turut termasuk sebilangan penerbangan antarabangsa, katanya.

Penerbangan antara New Zealand dan Amerika Syarikat bagaimanapun tidak terjejas kerana  permintaan untuk laluan alternatif ke Eropah yang meningkat, tambah Ravishankar.

“Disebabkan turun naik harga bahan api jet ekoran konflik Asia Barat,  syarikat penerbangan seluruh dunia sedang melaraskan tambang dan jadual masing-masing untuk membantu menguruskan kesan peningkatan kos yang ketara,”  kata Ravishankar.

Menurutnya, bahan api jet biasanya berharga kira-kira AS$85 setong (RM334)  tetapi harga kini meningkat dua kali ganda.

Pembatalan itu bagi memastikan penerbangan kekal semurah mungkin dan Air New Zealand  cekap menggunakan bahan api, tambah  Ravishankar.

Selasa lepas,  Air New Zealand menaikkan harga tiket untuk semua laluan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI