fbpx
LELAKI berstatus suami orang dicekup berkhalwat dengan seorang wanita di sebuah hotel bajet di Melaka, awal pagi semalam.

Suami orang mengaku duda panik dicekup berkhalwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang lelaki berstatus suami orang sanggup mengaku telah bercerai selepas dicekup berkhalwat di sebuah hotel bajet di Melaka Raya di sini, awal pagi semalam.

Lelaki terbabit dan pasangannya yang berusia 30-an ditahan kira-kira pukul 2 pagi oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Serbuan tersebut turut dikongsikan oleh agensi berkenaan di platform TikTok.

Menurut jurucakap JAIM, ketika disoal siasat, lelaki terbabit mengaku baru sahaja bercerai, manakala wanita terbabit mendakwa masih bujang.

“Bagaimanapun, semakan lanjut mendapati dia masih berstatus suami orang dan tiada apa-apa hubungan sah dengan wanita terlibat.

“Susulan itu, mereka ditahan di bawah kesalahan Seksyen 53 Enakmen Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman atau berkhalwat yang menimbulkan syak,” katanya.

Mereka dibawa ke pejabat JAIM untuk tindakan seterusnya dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN