fbpx
Zambry semasa berucap pada persidangan Tokyo Conference 2026, Tokyo, yang bermula semalam.

Malaysia tekankan autonomi strategik di Tokyo Conference 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia menegaskan kepentingan autonomi strategik serta pembaharuan sistem kerjasama pelbagai hala dalam menghadapi cabaran geopolitik global semasa.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, Asia perlu memainkan peranan lebih aktif dalam mempertahankan dan memperkukuh sistem multilateralisme yang kini berdepan pelbagai tekanan.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Tokyo Conference 2026 sempena lawatan kerja rasmi dua hari ke Jepun yang bermula semalam.

Dalam persidangan tersebut, beliau turut menyertai sesi meja bulat pemimpin Asia bertajuk ‘Asian Leaders Roundtable: Asia’s Option in an ‘Age of Power – How to defend and rebuild the rules-based multilateral order’.

Menurutnya, dunia kini berada dalam era yang sering digambarkan sebagai ‘Age of Power’ apabila persaingan geopolitik, tekanan ekonomi serta penggunaan teknologi sebagai alat pengaruh semakin ketara.

“Asia melihat keadaan ini sebagai satu defisit kepercayaan terhadap sistem antarabangsa, khususnya apabila undang-undang dan peraturan global tidak diterapkan secara konsisten,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan Malaysia mengutamakan pendekatan ‘active non-alignment’ (tidak memihak secara aktif) bagi mempertahankan prinsip kedaulatan negara, undang-undang antarabangsa serta multilateralisme yang adil dan inklusif.

Tambah beliau, Asia mempunyai kekuatan ekonomi, demografi serta pengaruh diplomatik yang besar untuk membantu membentuk sistem antarabangsa yang lebih seimbang.

“Multilateralisme masa hadapan mesti lebih inklusif serta mencerminkan suara dan aspirasi majoriti negara di dunia,” ujarnya.

Dalam masa sama, Zambry berkata sektor pendidikan tinggi juga berperanan sebagai pemangkin hubungan antarabangsa melalui pertukaran ilmu, mobiliti pelajar serta kerjasama penyelidikan antara negara. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN