fbpx
Stephanie (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran ibu pejabat baharu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

ASL Pharma lancar identiti baharu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – ASL Pharma Sdn. Bhd. melancarkan identiti jenama baharunya, seiring dengan pembukaan ibu pejabat baharu di Menara 1 Dutamas, Kuala Lumpur baru-baru ini.

ASL Pharma mengkhusus dalam amalan pembancuhan farmaseutikal, termasuk terapi penggantian hormon bioidentikal (BHRT) serta formulasi tersuai lain yang dibangunkan berdasarkan keperluan khusus pesakit.

Ia adalah satu-satunya farmasi penyediaan ubat khas farmaseutikal di Malaysia yang berafiliasi dengan Professional Compounding Centers of America dan Australia (PCCA), mencerminkan komitmennya terhadap piawaian amalan yang ketat, jaminan kualiti dan pendidikan profesional.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Stephanie Yang berkata, pembukaan pejabat baharu di Kuala Lumpur adalah satu pencapaian penting yang mencerminkan bagaimana syarikat telah berkembang menjadi organisasi penjagaan kesihatan yang lebih fokus dan dipacu oleh piawaian. 

“Makna di sebalik ASL melambangkan kejelasan, fokus dan kesederhanaan. 

“Dari pangkalan kami di Malaysia, kami mengambil pendekatan yang teliti dan bertanggungjawab dalam pengembangan serantau, dengan Filipina dan Indonesia sebagai pasaran tumpuan awal,” katanya dalam kenyataan. 

Ibu pejabat baharu ASL Pharma meliputi kira-kira 6,383 kaki persegi dan menempatkan pasukan pelbagai disiplin seramai 23 kakitangan merangkumi fungsi operasi, sokongan klinikal, pengurusan kualiti, serta penyelarasan serantau di bawah satu bumbung.

Direka sebagai persekitaran kerja yang dibina khas, ia mengintegrasikan ruang khusus untuk penyelarasan klinikal, dokumentasi kualiti dan kerjasama rentas fungsi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN