fbpx
Gambar bertarikh 14 Februari 2024 menunjukkan pekerja bekerja di syarikat mesin cetak di Lahore. - AFP

Pakistan tutup sekolah, bekerja dari rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISLAMABAD – Perdana Menteri  Shehbaz Sharif mengumumkan penutupan semua sekolah hingga akhir bulan ini serta sistem bekerja dari rumah  untuk semua pelajar universiti serta separuh tenaga kerja Pakistan, lapor laman berita Middle East Eye semalam.

Langkah itu diambil ketika Islamabad melaksanakan langkah penjimatan ketat di tengah-tengah harga bahan api global yang melambung tinggi ekoran perang Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran.

“Perang  menimbulkan ancaman besar kepada seluruh rantau ini.

“Dengan Pakistan sangat bergantung pada eksport  tenaga dari Teluk, kerajaan membuat keputusan sukar untuk kepentingan ekonomi negara,”kata Shehbaz dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.

Empat pengeksport bahan api terbesar ke Pakistan adalah Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Arab Saudi dan Kuwait dengan semuanya sama ada menghentikan pengeluaran kerana perang ke atas Iran atau tidak dapat mengeksport kerana penutupan Selat Hormuz.

“Sebanyak 50 peratus kakitangan sektor awam dan swasta di Pakistan akan bekerja dari rumah,” kata Shehbaz.

Ia tidak termasuk mereka yang berada dalam perkhidmatan penting seperti pertanian dan perbankan. Institusi pengajian tinggi juga akan menjalankan kelas secara online.

Perbelanjaan kerajaan akan dikurangkan sebanyak 20 peratus, manakala pembelian besar perabot dan pendingin hawa adalah dilarang.

Kabinet persekutuan tidak akan dibayar gaji selama dua bulan akan datang, manakala gaji  ahli Parlimen akan dipotong sebanyak 25 peratus.

Selain itu, ahli parlimen dilarang melakukan perjalanan ke luar negara, manakala majlis berbuka puasa  rasmi untuk Ramadan dan jamuan makan malam serta parti lain turut dilarang. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI