fbpx
Pegawai JIM memeriksa dokumen yang dimiliki suspek dalam operasi khas di Johor Bahru semalam.

Imigresen tangkap pegawai jadi tali barut bawa masuk amah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pegawai Jabatan Imigresen (JIM) ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan pas serta manipulasi sistem permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA) secara dalam talian.

Suspek berusia 31 tahun itu yang berperanan sebagai ‘pemudah cara’ dalam memproses permohonan PRA ditahan menerusi operasi khas di sekitar Setia Tropika, Johor Bahru semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi digerakkan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama JIM Negeri Johor sebagai kesinambungan kepada operasi yang telah dijalankan pada 2 dan 3 Mac lalu.
“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai telah meluluskan kemudahan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) kategori PRA kepada individu yang tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

“Suspek disiasat di bawah peruntukan Seksyen 56(1A)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan telah dibawa ke Pejabat Imigresen Johor untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zakaria berkata, dua lagi Pegawai Imigresen lelaki dan seorang wanita tempatan turut diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.

Tambahnya, kejayaan operasi mencerminkan komitmen JIM dalam mempergiat penguatkuasaan undang-undang imigresen, bukan sahaja melalui tindakan di lapangan malah dengan memperkukuh pemantauan terhadap sistem digital. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN