fbpx
Tangkap layar gambar mengenai orang ramai menunggu tren LRT menghala ke sentul timur pagi ini. Kredit foto Thread khrhnbl dan nik_shariff.

LRT buat hal lagi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Sri Petaling sekali lagi didakwa mengalami kelewatan sehingga menyebabkan kesesakan luar biasa di beberapa buah stesen pagi ini.

Menerusi beberapa hantaran pengguna LRT di media sosial, difahamkan tren tidak tiba seperti dijadualkan, sekali gus menyebabkan penumpang terpaksa menunggu dalam tempoh yang agak lama di platform.

Seorang pengguna Thread, Farahpunyaaa, mendakwa dia terpaksa menukar pelan perjalanannya dengan menaiki pengangkutan lain demi sampai ke destinasi selepas penantiannya di stesen seolah sia-sia.
“Train ke Sentul Timur hari ini buat hal lah, 30 minit tunggu tren seterusnya dari pukul 7.15 pagi. Dah datang, padat pula, akhirnya kena naik pergi Sungai Besi, tukar MRT kemudian tukar LRT semula.

“Memang sah lambat lah pergi kerja. Sekurang-kurangnya bagilah pengumuman, ini buat orang tertunggu-tunggu,” ujarnya.

Situasi sama turut dikongsi oleh seorang lagi pengguna, Khrhnbl di mana penumpang dilihat terpaksa beratur panjang sehingga ke kawasan tangga akibat kekerapan tren yang tidak menentu.

“Weh, LRT Salak Selatan hala ke Sentul ramai gila, padat! LRT tak datang-datang ambil mereka ke?,” katanya.

Sementara itu, RapidKL dalam kenyataan memaklumkan kekerapan tren laluan Sri petaling pada waktu puncak pagi ini telah diselaraskan susulan terdapat sebuah tren yang mengalami masalah sebentar tadi.

“Perkhidmatan dijangka kembali pulih dan beroperasi seperti biasa dalam masa terdekat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN