PETALING JAYA – Satu rakaman video memaparkan insiden kemalangan melibatkan beberapa buah motosikal dipercayai berpunca daripada tindakan sebuah kereta putih yang menukar lorong secara mengejut.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook, kelihatan sebuah kereta putih bertindak menukar lorong tanpa memberikan isyarat terlebih dahulu sebelum melanggar sebuah motosikal yang berada di lorong berkenaan.
Akibat kejadian itu, penunggang motosikal tersebut tidak sempat mengelak lalu terlanggar kenderaan berkenaan sebelum terjatuh di atas jalan.
Keadaan itu turut menyebabkan beberapa motosikal lain yang berada berhampiran gagal mengelak lalu melanggar motosikal yang terjatuh tersebut sehingga mengakibatkan empat motosikal terjatuh serentak.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap hantaran tersebut.
“Jika ingin menukar lorong, sepatutnya beri isyarat lebih awal dan pastikan tiada kenderaan dari belakang sebelum berbuat demikian,” komen @Qhaishatulatiqah Abidin.
“Tindakan pemandu kereta putih itu sangat tidak bertanggungjawab. Tidak tengok cermin sisi dulu sebelum tukar lorong,” kata @Mohammad Nur Haffis.
“Beli kereta tu lupa beli ‘signal’ sekali ke?” Ujar @Ummi Ariff. – KOSMO! ONLINE














