fbpx
KEADAAN trak pikap yang dirempuh dari belakang ketika berhenti di lampu isyarat di Kilometer 14 Jalan Pekan-Kuantan di Pekan pagi tadi.

Pikap remuk dirempuh bas, seorang maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEKAN – Seorang maut, manakala dua lagi cedera selepas trak pikap jenis Mitsubishi Tritonyang dinaiki dirempuh sebuah bas ketika berhenti di lampu isyarat di Kilometer (KM) 14, Jalan Pekan-Kuantan di sini awal pagi ini.

Mangsa yang maut ialah penumpang belakang trak pikap, Hosneeamree, 24, yang merupakan warga Thailand, manakala pemandu dan penumpang hadapan kenderaan itu yang juga rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, dalam nahas pukul 1.15 pagi itu, mangsa dalam perjalanan dari arah Pulau Serai menghala ke Kuantan, manakala bas membawa 24 penumpang pula dari arah sama dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kota Bharu, Kelantan.

“Apabila sampai di tempat kejadian semasa trak pikap berhenti di lampu isyarat, kenderaan itu dilanggar bas dari arah belakang. Akibatnya pemandu dan penumpang hadapan trak pikap cedera, manakala penumpang belakang maut di lokasi kejadian,” katanya hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk dibedah siasat. Mangsa yang cedera dirawat di hospital sama. Pemandu dan penumpang bas ekspres tidak cedera.

Katanya, pemeriksaan mendapati lokasi kemalangan adalah di simpang tiga. Hasil siasatan awal kemalangan berpunca daripada pemandu bas yang cuai dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI