fbpx
Wang Yi menghadiri sidang akhbar untuk sesi keempat Kongres Rakyat Kebangsaan ke-14 di Beijing hari ini. - AFP

China kecam perang di Asia Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Menteri Luar China hari ini mengutuk perang di Asia Barat dan menggesa Amerika Syarikat (AS) untuk menyelesaikan perbezaan pendapatnya dengan Beijing.

Wang Yi memberitahu sidang akhbar di ibu negara, Beijing bahawa perang itu yang dicetuskan oleh serangan AS dan Israel ke atas Iran, tidak sepatutnya berlaku.

“‘Penumbuk’ yang kuat tidak menjadikannya alasan yang kukuh. Dunia tidak boleh kembali kepada undang-undang rimba,” katanya kepada pemberita.

Beliau membuat komen tersebut semasa perhimpunan politik tahunan China yang bermula minggu ini.

Mesyuarat selari Parlimen dan badan perundingan politik itu diawasi dengan teliti untuk mendapatkan isyarat mengenai strategi geopolitik pemimpin China, ketika ketegangan dengan AS dan pesaing serantau berterusan, manakala peperangan di Asia Barat dan Ukraine berleluasa.

Hubungan antara Beijing dengan Washington tegang sejak Presiden Donald Trump kembali ke White House tahun lalu, diikuti dengan perang perdagangan yang menyaksikan kedua-dua negara mengenakan tarif balas ke atas produk masing-masing.

Beijing sebelum ini mengecam tindakan ketenteraan AS dan Israel di Iran, yang mana ia mempunyai hubungan diplomatik dan perdagangan, serta secara khusus mengutuk pembunuhan pemimpin tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei.

Wang memberitahu pemberita hari ini bahawa China dan AS mesti membuat persediaan yang teliti, mewujudkan persekitaran sesuai, mengurus perbezaan sedia ada dan menghapuskan campur tangan yang tidak perlu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN