fbpx
Jemaah bertengkar dengan pihak pengurus masjid kerana mereka enggan menunaikan tarawih 20 rakaat. - Facebook

Jemaah bergaduh dengan imam, enggan tarawih 20 rakaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Satu klip video tular di Aceh Besar, wilayah Aceh memaparkan jemaah bertengkar dengan pihak pengurusan masjid kerana mereka enggan menunaikan solat tarawih 20 rakaat.

Kejadian berlaku di Masjid Abu Indrapuri, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform Facebook menunjukkan sebilangan jemaah ingin menunaikan solat tarawih hanya lapan rakaat.

Pihak pengurusan masjid menjelaskan bahawa mereka kekal melaksanakan tarawih 20 rakaat seperti beberapa tahun sebelumnya.

Perbezaan pendapat itu mencetuskan kekecohan di dalam masjid, namun situasi kembali reda tidak lama kemudian.

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Siapa nak solat 20 rakaat boleh diteruskan, siapa yang mahu lapan rakaat boleh pulang,” kata seorang netizen.

“Buat malu sahaja,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN