fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat di Pahang, Johor dan Sarawak hingga pukul 5 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa kawasan di Pahang, Johor dan Sarawak hingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Pahang adalah Pekan dan Rompin manakala di Johor adalah Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

“Bagi Sarawak, kawasan yang terjejas adalah Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong (Pusa, Saratok dan Kabong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit) dan Kapit (Song),” lapor MetMalaysia.

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI