KEMUNCULAN Bella Astillah membuat persembahan dalam sebuah festival raya baru-baru ini mendapat pelbagai respons negatif netizen.
Ada saja yang tak kena di mata dan telinga netizen, kali ini vokal Bella sekali lagi dikecam kerana dikatakan tak sesuai menyanyikan lagu raya milik Nadeera iaitu Meriah Lain Macam bersama Hael Husaini.
Kata netizen, nyanyian Bella serba tak kena, mungkin disebabkan lagu tersebut sukar atau tidak sesuai dengan ‘key’ suaranya sendiri. Alahai, bukannya di pentas Anugerah Juara Lagu, netizen pun janganlah serius sangat.
Bila Diva dengar, okey saja nyanyian Bella, tidaklah keluar suara ‘chipmunk’ atau sebagainya cuma satu hal yang tak berkenan ialah baju kurung yang dipakainya ketika itu, ketat betul! Sakit mata tengok.
Mungkin Bella ada alasan sendiri bila semua itu berlaku tetapi kepada netizen yang tak berhenti mengecam, sudah-sudahlah. Tak penat ke cakap hal negatif saja?
DIVA: Comel sungguh tengok gandingan Merrah dan Zaki sekarang, siap aad lagu raya juga, menjadi betul!














