fbpx
Gambar Hiasan

Satu Malaysia ‘blackout’ sesaat petang semalam?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kecoh di media sosial apabila beberapa pengguna mendakwa banyak kawasan terputus bekalan elektrik sesaat sekitar pukul 6 petang semalam.

Menurut perkongsian pengguna di laman Thread, keadaan itu dialami di hampir seluruh kawasan Lembah Klang.

Seorang pengguna dikenali sebagai Sabrina berkata, keadaan itu berlaku sekelip mata dan elektrik kembali seperti biasa dalam masa satu saat.

“Tak ‘blackout’ sangat, macam berkelip sekejap. Tutup buka balik, dalam pukul 6 gitu,” katanya.

Selain itu, seorang lagi pengguna dikenali sebagai Raihan berkata, dia turut mengalami keadaan sama termasuk capaian wi-fi juga terputus.

“Ya perasan juga, internet aku tergendala. Sekitar Batu Caves,” katanya.

Seorang lagi pengguna dikenali sebagai Cheya berkata dia menyangka dirinya mengalami sakit kepala semasa kejadian itu.

“Ya, macam berkelip. Ingatkan pening kepala, sekejap saja macam gelap sesaat,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Thread dikenali sebagai Chaoticain turut berkongsi panggilan telefon juga terputus semasa kejadian itu.

“Sama, terputus panggilan telefon masa itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN