fbpx
MELAKONKAN watak ketiga dalam Bila Cinta Menjadi Dosa, persembahan Sarimah dipuji ramai.

Bila Sarimah jadi penyondol, meledak!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

EMOSI pencinta drama tempatan kembali meracau dengan munculnya naskhah Bila Cinta Menjadi Dosa yang kini hangat ditayangkan menerusi slot Lestary TV3.

Drama arahan Shuhaimi Lua tersebut mengisahkan onak duri kehidupan Eva lakonan Che Puan Sarimah yang didakwa menjadi wanita simpanan Datuk Yusof (Zamarul Hisham) selama 15 tahun.

Tragisnya, satu demi satu watak lain muncul menambah kecelaruan jalan cerita drama 30 episod tersebut.

Bila Cinta Menjadi Dosa juga menyaksikan pertembungan antara cinta, tanggungjawab dan kepentingan diri.

Setiap pilihan hadir dengan implikasi tersendiri serta kebenaran yang cuba dikunci akhirnya tetap mencari ruang untuk muncul.

Selain Sarimah dan Zamarul, drama tersebut turut dibarisi Zairi Aziz, Alya Iman, Nelissa Nizam, Elizad Sharifuddin dan Maria Farida.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN