PELAKON popular Kareena Kapoor mengakui tidak pernah berpuasa meskipun berkahwin dengan Saif Ali Khan yang beragama Islam.
Menurut Kareena, dia tidak pernah sekali pun berpuasa pada bulan Ramadan meskipun suaminya menjalani ibadah rukun Islam ketiga itu setiap tahun.
“Tidak, saya sentiasa makan 24 sehari, tujuh hari seminggu. Saya tidak pernah berpuasa. Saya tidak pernah melakukan sepanjang hidup saya,” katanya kepada media.
Biarpun berbeza agama, rumah tangga Kareena dan Saif sentiasa harmoni sejak mereka berkahwin pada 2012.
Mereka kini bahagia bersama dua cahaya mata lelaki iaitu Taimur Ali Khan, 10 dan Jeh Ali Khan, 5.














