fbpx
INILAH lokasi lelaki menanam janin bayi kekasihnya di sebuah kebun milik keluarga di Batu Pahat, minggu lalu.

Rahsia tanam janin dalam kebun keluarga terbongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Tindakan seorang pemuda menanam janin di kebun milik keluarganya terbongkar selepas teman wanitanya mendapatkan rawatan di hospital disebabkan sakit belakang.

Pekerja pelabuhan berusia 27 tahun itu ditahan selepas pihak hopital membuat laporan polis.

Menurut sumber, teman wanita suspek yang berusia 25 tahun mendapatkan rawatan di sebuah hospital di daerah ini selepas mengadu sakit belakang.

“Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor mengesyaki sesuatu yang mencurigakan sebelum wanita tersebut mengaku dia telah menggugurkan janinnya yang berusia 17 minggu.

“Wanita itu dipercayai memakan ubat yang dibeli secara dalam talian. Selepas menggugurkan janin itu, teman lelakinya mengambil janin tersebut sebelum membawanya ke kebun milik keluarganya,” katanya.

Suspek menanam janin tersebut pada pukul 3 petang minggu lalu. Sebahagian darah pula ditanam di belakang rumah pada pukul 8 malam.

Difahamkan, tindakan tersebut dilakukan tanpa disedari ahli keluarga yang tinggal bersama suspek di rumah berkenaan. Suspek lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 315 Kanun Keseksaan dan Seksyen 201 kanun keseksaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI