fbpx
TERTUDUH diiringi anggota trafik selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

Drebar lori mabuk dipenjara sehari, denda RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Padah memandu kereta dalam keadaan mabuk, seorang pemandu lori dipenjara sehari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, T. Gajehndranath, 33, membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan yang dihadapinya.

Lelaki itu didakwa memandu kereta dengan kandungan alkohol dalam badan sebanyak 74 miligram (mg)/per 100 mililiter (ml) darah lebih 24 mg dari had ditetapkan di Jalan Dato Mohd. Zin, di sini pada pukul 11.50 malam, 7 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2000) yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda sehingga RM30,000 selain hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun.

Mengikut fakta kes, anggota polis menahan tertuduh dalam sekatan jalan raya di Jalan Dato Mohd. Zain pada 17 Januari lalu selepas dipercayai mabuk. Ujian saringan awal mendapati bacaan alkohol dalam badannya sebanyak 108mg/100ml.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan hukuman ringan dengan alasan dia perlu menanggung ibu bapa. Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib bagaimanapun memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara sehari dan membayar denda RM10,000 atau tujuh bulan penjara, sekiranya gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI