PETALING JAYA – Penemuan sebuah bagasi berwarna hitam di satu kawasan semak samun menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengguna aplikasi Threads.
Menerusi perkongsian wanita dikenali sebagai Uhhlaevalaviva, bagasi tersebut dilihat seperti dirantai berdekatan pagar.
Katanya, dia bimbang dengan kandungan bagasi tersebut memandangkan kejadian jenayah semakin berleluasa ketika ini.
“Semenjak kongsi kejadian jenayah sejak kebelakangan ini, pagi ini (sewaktu) aku dalam perjalanan ke tempat kerja nampak ceni (bagasi) tepi jalan pun risau. Mencurigakan betul. ‘Luggage’ (bagasi) siapa ini? Kenapa disini? Apa dalam tu? Kenapa dirantai?”soalnya.
Bagaimanapun, pengguna Threads tersebut tidak menyatakan lokasi penemuan bagasi tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut meninggalkan komen berkaitan penemuan bagasi tersebut.
“Tolonglah buka, kot ada duit ke dalam tu, jatuh dari kapal terbang,” cadang Izham1.
“Jangan buka, takut ada bom, tolong telefon polis dan sentiasa berhati-hanti,” kata pengguna lain.
Turut meninggalkan komen elenee1708 yang meminta supaya wanita tersebut tidak membuka bagasi tersebut.
“Mana la tau orang lupuskan ilmu hitam atau mayat, tolong telefon polis,” katanya.-KOSMO! ONLINE














