fbpx
Tangkap layar video permohonan maaf wanita berpantang yang sebelum ini tular makan serta minum semasa siaran langsung di siang hari bulan Ramadan.

‘Minta maaf, mummy tak sengaja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang wanita berpantang yang sebelum ini tular makan serta minum semasa siaran langsung di siang hari bulan Ramadan tampil memohon maaf kepada umat Islam berhubung kesilapannya itu.

Permohonan maaf itu dibuat menerusi video berdurasi dua minit 26 saat di dalam sebuah kenderaan yang kini tular di media sosial komuniti setempat.

Menerusi video berkenaan, wanita itu yang membahasakan dirinya sebagai ‘Mummy Naufal’ menyatakan dia sudah pun mendapat pengajaran selepas ditahan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

“Tujuan Mummy masa buat live itu santai-santai saja. Jadi, memang tak ada niat pun nak berkasar ke ataupun nak menyakiti hati netizen. Jadi, sebabkan Mummy tiada adab semasa live itu, jadi Mami memang tidak sengaja dan Mummy Naufal tidak berpuasa sewaktu itu.

“Mummy Naufal akui juga atas kesilapan dan tidak akan mengulanginya lagi. Dengan rendah diri, Mummy Naufal memohon maaf daripada atas rambut sampai hujung kaki kepada seluruh Malaysia, rakyat Negeri Sembilan, umat Islam semasa live di TikTok tu,” katanya menerusi video berkenaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI