fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh Fedtri Yahya yang menyelar kenyataan berbuka puasa di masjid sama seperti orang yang kebuluran.

Makan di masjid bukan tanda kebulur, ramai jutawan berbuka di masjid – Fedtri Yahya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bulan Ramadan menjadi platform untuk ramai individu, bukan sahaja umat Islam bukan muslim berkongsi pengalaman berbuka puasa di masjid. Aktiviti ini dilihat sebagai salah satu cara mengimarahkan rumah Allah sambil merasai keberkatan bulan suci.

Namun, satu hantaran oleh pengguna Threads, @Duyanman, sebelum ini menimbulkan perdebatan apabila dia mendakwa terdapat masjid yang mengasingkan makanan mengikut kasta atau ‘pangkat’, di mana hanya golongan tertentu seperti Ahli Jawatankuasa (AJK) dan VIP diberikan hidangan khas.

“Macam ini pun ada ke?” ujarnya di kapsyen hantaran tersebut.

Hantaran itu bagaimanapun dikritik ramai, termasuk mereka yang menjelaskan bahawa menyediakan makanan khas untuk tetamu jemputan atau AJK hanyalah sebahagian daripada protokol masjid.

“Ni bukan kasta atau pilih kasih. Ini namanya protokol. AJK perlu sediakan tempat khas untuk tetamu jemputan. AJK masjid juga jadi pengiring kepada tetamu jemputan tersebut. Jangan banyak bunyi, dah disediakan iftar dan disambut pun dah cukup baik. Kalau tak nak itu dan ini, berbuka sahaja di rumah,” kata @Mohd.nuhairi.

Selain itu, terdapat juga pandangan bahawa golongan AJK layak diberikan pengasingan makanan kerana mereka bertungkus-lumus memastikan jemaah lain dapat berbuka dengan selesa.

“Tak mengapalah. AJK masjid tu buat kerja sukarela. Dari lepas Asar menyusun atur kerusi meja dan hidangan hinggalah nak ke waktu maghrib. Lepas tu AJK yang sama juga akan buat kerja-kerja pembersihan, cucian selepas iftar dan seterusnya menyusun atur jamuan moreh pula selepas tarawih.

“Selesai moreh, mereka juga yang akan mengemas dan membersih tempat dan perkakas jamuan serta urusan sisa makanan hingga selesai semua jemaah pulang ke rumah. Berilah kemudahan kepada mereka,” kata @Jamilyahya1.

Bagaimanapun, mesej balas @Duyanman terus menarik perhatian apabila dia menyamakan mereka yang berbuka di masjid seperti orang kebuluran.

“Berbuka di rumah dengan keluarga dari cari keberkatan berbuka di masjid, banyak bunyi nanti kena tegur, berbuka di masjid nanti nampak macam orang kebulur,” tulisnya.

Hantaran itu kemudian diselar pengacara terkenal, Fedtri Yahya, yang menekankan bahawa berbuka di masjid bukan bermakna seseorang itu kebuluran, sebaliknya satu usaha untuk mengimarahkan rumah Allah.

“Makan di masjid adalah usaha imarahkan rumah Allah, bukan tanda kebulur. Buang mentaliti dan pemikiran begitu.

Ramai saja jutawan terpaut hati berbuka di masjid. Datanglah (berbuka di masjid). Walau sekadar seteguk air dan sebiji kurma kerana yang mengenyangkan bukan hanya makanan, tetapi suasana iman,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN