fbpx
Gambar hiasan.

Cuaca buruk landa empat negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri hingga pukul 6.00 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat adalah Perak (Kinta, Kampar dan Batang Padang) dan Johor (Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

“Amaran sama turut dikeluarkan bagi Sarawak melibatkan kawasan Samarahan, Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit) dan Kapit (Song),” katanya.

Sementara itu di Sabah, cuaca buruk dijangka berlaku di Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas).

Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN