fbpx
MUIP tidak temui rekod pengislaman penuntut UMPSA terbabit.

Tiada rekod pengislaman penuntut UMPSA pijak al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Semakan terhadap rekod Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) mendapati penuntut Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah (UMPSA) yang terlibat dalam isu memijak al-Quran dan menghina Rasulullah tidak mempunyai sebarang rekod pendaftaran pengislaman di negeri ini.

Ketua Pendaftar Mualaf Pahang, Dr Asmadi Abdul Rahman, berkata semakan dalaman yang dilakukan pihaknya setakat ini tidak menemukan sebarang maklumat berkaitan status pengislaman individu terbabit dalam sistem Muip.

“Pihak kami turut mendapatkan bantuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi membuat semakan rentas negeri, namun hasil awal juga tidak menunjukkan sebarang rekod rasmi. Setakat semakan dibuat, tiada pendaftaran pengislaman direkodkan di Pahang dan beberapa negeri lain. Jika seseorang memeluk Islam secara sah, sepatutnya ada dalam sistem,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, setiap individu yang memeluk Islam perlu mendaftar di pejabat agama atau majlis agama negeri bagi memastikan status mereka diiktiraf secara sah.

Dalam pada itu, Asmadi memaklumkan pihaknya turut berusaha mendapatkan penjelasan daripada pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, susulan kenyataannya yang mendakwa penuntut berkenaan telah memeluk Islam sebelum ini.

“Kami sudah cuba hubungi beliau untuk mendapatkan pengesahan, tetapi sehingga kini tiada respons diterima. Maklumat tersebut penting bagi membantu proses semakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN