fbpx
BEZZECCHI

Bezzecchi bangkit dari mimpi ngeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BURIRAM – Marco Bezzecchi bangkit daripada kekecewaan untuk meraih kemenangan dominan pada pembuka musim Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand kelmarin sekali gus menghadiahkan hatrik buat Aprilia.

Pelumba Itali itu sebelum ini melalui detik sukar apabila terlibat dalam beberapa kemalangan termasuk ketika mendahului saingan sprint, namun tampil lebih tenang dan konsisten pada hari perlumbaan sebenar untuk menguasai dari awal hingga akhir.

“Selepas apa yang berlaku, sangat penting untuk saya ‘reset’ dan bangkit semula. Semalam (aksi sprint) mungkin saya terlalu memaksa diri. Saya laju tetapi melakukan kesilapan kerana terlalu mahu menolak had jentera,” katanya

Bezzecchi mengakui tekanan dan kesilapan kecil menjejaskan keyakinan, namun pengalaman tersebut membantunya memahami had sebenar ketika bersaing di tahap tertinggi.

“Saya tidak berfikir secukupnya dan kesilapan kecil boleh menjejaskan keyakinan. Dalam sprint pula saya mungkin gementar dan membawa terlalu laju di selekoh hingga menyebabkan kemalangan,” tambahnya.

Pada perlumbaan sebenar, pelumba berusia 26 tahun itu mengubah pendekatan dengan tunggangan lebih terkawal, membolehkannya membina jurang awal sebelum mengurus rentak perlumbaan dengan matang.

Perlumbaan tersebut turut menyaksikan drama besar apabila juara dunia, Marc Marquez tersingkir akibat tayar pancit yang membuka ruang kepada dominasi Aprilia dengan empat jentera mereka menamatkan saingan dalam kelompok lima terbaik.

Hanya pelumba KTM, Pedro Acosta yang meraih tempat kedua, berjaya mencelah dalam dominasi tersebut dengan kedudukan ketiga menjadi milik Raul Fernandez (Trackhouse). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN