KEMAMAN – Tiga sekawan memanfaatkan kemahiran mereka dalam membuat pelita daripada buluh sehingga mampu meraih pendapatan sampingan mencecah puluhan ribu ringgit menjelang musim perayaan Aidilfitri ini. Ahmad Farid Shaifuddin Muda,34, berkata, dia dan dua rakannya, Muhammad Amirul Mohd Shafiee,32 dan Mohd. Ikhwan Che Wan Mohd. Rosli,30, telah menerima lebih 500 tempahan daripada orang ramai. “Kami buat pelita buluh secara suka-suka untuk mengembalikan kenangan zaman kanak-kanak memasang pelita pada waktu malam tujuh likur. “Tidak sangka dapat banyak pujian ramai menyebabkan kami……














