fbpx
ANGGOTA forensik melakukan siasatan ke atas Proton X70 yang terkena tembakan dalam kejadian di Bukit Kayu Hitam, Rabu lalu.

Kes tembak Komander AKPS: 10 diberkas, dikaitkan Geng Pak Su

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Polis setakat ini menahan 10 suspek bagi membantu siasatan kes tembakan yang menyasarkan seorang komander sempadan di Bukit Kayu Hitam, dekat sini pada Rabu lalu.

Tangkapan dikaitkan dengan kumpulan penjenayah Geng Pak Su apabila sebahagian suspek didakwa mengenali ahli kumpulan itu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, ia termasuk penahanan tiga lelaki tempatan oleh Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dengan kerjasama D9 Bukit Aman dalam tiga serbuan susulan, kelmarin.

“Tiga lelaki tempatan yang ditahan berusia antara 44 hingga 58 tahun dan saringan awal air kencing mendapati seorang suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Polis turut merampas tiga telefon bimbit pelbagai jenama. Semakan lanjut mendapati dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, ketiga-tiga suspek direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Kosmo! pada 25 Februari lalu melaporkan Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir nyaris terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 pagi.

Kejadian itu berlaku ketika Mohd. Nasaruddin dalam perjalanan ke sebuah masjid untuk menunaikan solat subuh dengan memandu kenderaan utiliti sukan Proton X70.

Beliau bagaimanapun terselamat apabila dua tembakan yang dilepaskan salah seorang daripada dua suspek menaiki sebuah motosikal tersasar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN