fbpx
Benteng The Blues 'bocor' dua kali menerusi situasi sepakan sudut yang diambil The Gunners.

EPL: Chelsea akur Arsenal lebih hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) tampaknya semakin sukar buat Chelsea selepas tewas 1-2 kepada musuh setempat, Arsenal pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Emirates awal pagi tadi.

Walaupun menampilkan corak permainan cukup baik sepanjang perlawanan tersebut, namun dua gol menerusi William Saliba dan Jurrien Timber merentap hasrat Chelsea biarpun meraih gol saguhati hasil gol sendiri Piero Hincapie.

Pengurus Chelsea, Liam Rosenior menyuarakan rasa kecewa dengan kekalahan itu, terutamanya dari segi disiplin selepas menyaksikan pemain sayap, Pedro Neto dilayangkan kad merah pada minit ke-70.

“Dua perkara sama kembali berulang. Sesiapa yang menonton perlawanan hari ini (semalam) serta dua aksi terdahulu, ada dua perkara perlu diperbaiki iaitu situasi bola mati dan juga disiplin pemain.

“Sekiranya kami dapat memperbaiki dua perkara ini, saya yakin Chelsea mampu mengharungi musim yang cukup baik. Enzo (Maresca) sudah cuba melakukannya sebelum ini, jadi saya akan meneruskan usaha beliau,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN